Audit Dalaman EKSA telah dijalankan oleh Pengaudit EKSA iaitu Encik Mohamed Bin Yahaya dan Puan Khadijah Binti Mohamed daripada JPS Daerah SPU. Audit telah dijalankan mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Zon JPS SPT
Wednesday, 31 July 2019
Sunday, 28 July 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA JPSSPT
ISNIN @ 8 APRIL 2019
SATU MESYUARAT BERSAMA AHLI-AHLI JAWATANKUASA EKSA JPSSPT TELAH DI ADAKAN BAGI PENYUSUNAN PROGRAM EKSA DI PERINGKAT JABATAN. MESYUARAT JUGA MEMUTUSKAN NAMA ZON YANG AKAN DIGUNAPAKAI BAGI SETIAP ZON YANG BERADA DI JPSSPT. PENETAPAN NAMA ZON YANG BERKENAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT : -
ZON LEMBANGAN SUNGAI PERAI - BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
ZON LEMBANGAN SUNGAI JURU - BAHAGIAN TEKNIKAL
ZON LEMBANGAN SUNGAI PERAI - BAHAGIAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN
MESYUARAT JUGA MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIC YANG TERLIBAT UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS DI ZON MASING-MASING DAN MENAMBAHBAIK AMALAN-AMALAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEDIA ADA.
MESYUARAT JUGA MEMUTUSKAN UNTUK MELAKSANAKAN 'GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT JPSSPT PADA KHAMIS @ 18 APRIL 2019. TUJUAN PROGRAM GOTONG ROYONG DIADAKAN ADALAH UNTUK SEMAKAN PENYERAGAMAN BAGI SETIAP RUANG KERJA, BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG DI SELIA OLEH PIC MASING-MASING DAN MEMASTIKAN PEJABAT DALAM KEADAAN YANG BERSIH, KEMAS DAN TERATUR.

Friday, 26 July 2019
GOTONG ROYONG UNTUK EKSA
Pada 25 Julai 2019 telah diadakan Gotong Royong di Bahagian Khidmat Pengurusan JPS Daerah SPT bagi Zon Lembangan Sungai Perai untuk mengasingkan dan merincih kertas-kertas terpakai untuk dijual dan di kitar semula.
Gotong Royong ini disertai dan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh semua kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan
Gotong Royong ini disertai dan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh semua kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan
Friday, 7 December 2018
APA ITU EKSA??
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
- meningkatkan imej korporat;
- menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
- menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
- memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
- memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured post
AUDIT DALAMAN EKSA JPS DAERAH SPT
Audit Dalaman EKSA telah dijalankan oleh Pengaudit EKSA iaitu Encik Mohamed Bin Yahaya dan Puan Khadijah Binti Moham...
Popular Posts
-
Pada 25 Julai 2019 telah diadakan Gotong Royong di Bahagian Khidmat Pengurusan JPS Daerah SPT bagi Zon Lembangan Sungai Pe...