Zon JPSSPT telah menyertai Pertandingan JPS Goes Green Tahun 2018 Peringkat JPS Malaysia sempena Sambutan Hari Inovasi JPS Malaysia. Amalan Goes Green telah dilaksanakan dan dipraktikkan sejak tahun 2013 lagi. Penyertaan, kerjasama serta penglibatan semua kakitangan bermula dari pihak pegawai atasan sehingga kakitangan sokongan dapat sama-sama menjayakan serta meneruskan amalan Goes Green di peringkat jabatan dengan begitu baik sekali.
Amalan ini ditambahbaik dengan idea-idea kreatif serta inovatif dari kakitangan Zon JPSSPT sendiri. Idea membangunkan 'TAMAN ASTAKONA' dari menggunakan barangan terpakai seperti tayar terpakai, botol-botol kaca dan plastik sebagai hiasan dalam taman juga dihiasi dengan tumbuhan hijau yang saujana mata memandang. Taman ini juga menjadi salah satu tempat istirehat bagi kakitangan selepas penat menyelesaikan tugasan masing-masing.
TAMAN ASTAKONA
Zon JPSSPT juga menganjurkan satu Program Kitar Semula (Tayar Terpakai) bersama kakitangan pada 13 Ogos 2018 yang lalu. Menggunakan tayar terpakai sebagai elemen utama untuk menjadikannya sebagai produk hiasan taman. Penglibatan semua kakitangan dalam program ini adalah satu inisiatif positif bagi meningkkatkan lagi semangat untuk mengamalkan amalan Goes Green di tempat kerja mahupun di dalam kehidupan seharian.
MURAL GOES GREEN yang bertemakan hidupan dasar laut di Rumah Pam Seberang Jaya begitu menarik dan mural tersebut dilukis oleh kakitangan yang bertugas di rumah pam tersebut.
LAWATAN VERIFIKASI
PERTANDINGAN GOES GREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA
RUMAH HIJAU - Rumah Pam Seberang Jaya
Pengiktirafan Goes Green bagi Zon JPSSPT
No comments:
Post a Comment